MELAWAT DAN MEMBERI BANTUAN MANGSA BANJIR
Semalam bersamaan 2/12/13 hari Isnin kawasan disekitar DUN Tanjung Lumpur telah dilanda banjir, sehubungan dengan itu gerak kerja pantas dari YB Ustaz Rosli Jabar dibantu petugas Amal Kuantan turun padang menghulur bantuan pada malam tadi.

![]() |
| YB Ustaz Rosli Jabar yang turun padang bersama anggota amal di Sg. Isap Fasa 3 |
Antara kawasan yang dilanda banjir malam tadi ialah Sg. Isap Damai, Sg. Isap Kampung dan Tanah Putih baru didalam kawasan DUN Tanjung Lumpur. Jumlah mangsa yang dipindahkan belum diketahui, hujan juga dilaporkan masih belum berhenti dan kemungkinan berlarutan sehingga esok.

![]() |
| melawat kawasan banjir Sg Isap, Tanah Putih Baru |
![]() |
| Antara anggota Amal Kuantan yang terlibat pada malam tadi |



No comments:
Post a Comment