Wednesday, 8 January 2014

   

SUMBANGAN NELAYAN



Sumbangan nelayan pada 28/12/13 bertempat di Surau Putih, Peramu bemula dari 9.00 pagi sampai 11.00 pagi. Program dimulakan dengan disampaikan tazkirah dari YB. Ustaz Rosli Jabar kemudian barulah diagihkan sumbangan kepada peserta.

YB Ustaz Rosli Jabar sedang menyampaikan tazkirah

peserta yang terdiri daripada nelayan yang sedang mendengar tazkirah


Seramai 121 orang nelayan disekitar Dun Tanjung Lumpur yang menerima sumbangan. Sumbagan dihulurkan dalam bentuk kerperluaan barangan dapur dan wang saku. 


sumbangan yang disampaikan dari YB. Ustaz Rosli Jabar





PROGRAM BACK TO SCHOOL


Program "Back to School" dilancarkan pada 28/12/13 bertempat di dewan Putik, Peramu. Program bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kehadiran yang menggalakan dari semua perserta di program ini. kehadiran perserta hadir lebih awal dan kehadiran yang tidak jangkakan pada pagi itu.

kehadiran perseta di dewan Putik


Perserta yang hadir adalah dari tiap-tiap cawangan di dalam Dun Tanjung Lumpr, peserta yang terlibat dalam 500 orang dari tiap-tiap cawangan. Pakaian yang diedar adalah pakain sekolah rendah, dan ibu bapa wajib hadir pada hari tersebut.

Ibu peserta yang sedang mencuba saiz pakian

Pelbagai saiz pakaian diedar, kasut tidak diedar pada hari yang sama hanya diukur saiz kemudaian baru dihantar kepada peserta pada hari yang lain. 

tidak terlepas isteri kepada YB. Ustaz Rosli Jabar yang datang membantu



Thursday, 19 December 2013




MISI BANTUAN BANJIR 


Pada dua minggu yang lepas kejadian banjir banyak memberi impak kepada daerah Kuantan dan Dun Tanjung Lumpur merupakan sebahagian besar yang menerima banjir besar, keadaan ini menjadikan seluruh bandar Kuantan lumpuh apabila dilanda banjir. Kejadiaan yang berlaku memberi impak kepada penduduk terutama kepada penduduk Dun Tanjung Lumpur yang mejoritinya banyak terdiri dari penduduk miskin. Antara tempat Dun Tanjung Lumpur yang mengalami banjir antaranya, keseluruhan Sungai Isap, keseluruhan Tanah Putih Baru, Medan Warisan dan lain-lain.



Banjir di Kawasan Sungai Isap
Tindakan daripada itu Pejabat Adun Tanjung Lumpur bersama Jabatan Amal Malaysia dan Pas Kawasan Kuantan datang menghulurkan bantuan kepada penduduk Kuantan yang  mengalami banjir. Pelbagai barang bantuan yang disalurkan dari seluruh negara antaranya pakaian terpakai, barang dapur dan khidmat mencuci rumah selepas banjir. Sumbangan diagihkan kepada tempat-tempat yang dilanda banjir.









Monday, 2 December 2013





 MELAWAT DAN MEMBERI BANTUAN MANGSA BANJIR 


Semalam bersamaan 2/12/13 hari Isnin kawasan disekitar DUN Tanjung Lumpur telah dilanda banjir, sehubungan dengan itu gerak kerja pantas dari YB Ustaz Rosli Jabar dibantu petugas Amal Kuantan turun padang menghulur bantuan pada malam tadi. 




YB Ustaz Rosli Jabar yang turun padang bersama anggota amal di Sg. Isap Fasa 3 


Antara kawasan yang dilanda banjir malam tadi ialah Sg. Isap Damai, Sg. Isap Kampung dan Tanah Putih baru didalam kawasan DUN Tanjung Lumpur. Jumlah mangsa yang dipindahkan belum diketahui, hujan juga dilaporkan masih belum berhenti dan kemungkinan berlarutan sehingga esok.



  
 

melawat kawasan banjir Sg Isap, Tanah Putih Baru

Antara anggota Amal Kuantan yang terlibat pada malam tadi






Saturday, 15 June 2013





KUANTER PEJABAT ADUAN BERGERAK ADUN TANJUNG LUMPUR


Semalam pada hari sabtu bersamaan 15/6/13, kuanter pejabat aduan bergerak telah dibuka di tapak pasar malam Sg.Isap. Kuanter ini dibuka untuk menerima aduan-aduan dari masyarakat setempat, selain itu mempromosikan pejabat khidmat masyarakat yang baru dibuka dengan mengunakan kaedah edaran flayers kepada pengunjung yang hadir di tapak pasar malam tersebut. Melalui kaedah ini hubungan erat dapat terjalin dengan masyarakat yang ada di dibawah Adun Tanjung Lumpur.





Seramai 8 orang anggota yang turun padang dalam menjayakan pejabat aduan bergerak di tapak pasar malam, hasil daripada maklum balas orang ramai terhadap usaha ini memberi respon yang baik.

"Ha! macam ini la kita mau, kita pangkah lepas tu turun padang"

Semoga kerja-kerja ini terus menerus dilaksanakan hingga ke PRU yang akan datang, kerana usaha ini memberi persepsi yang baik dan membuka kepercayaan masyarakat kepada pentadbiran yang berada dibawah Adun Tanjung Lumpur.














MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG 

Alhamdulillah selesai merasmikan mesyuarat Agung PAS Caw. Kg Bukit Lada, Maran dan sesudah itu sempat menziarahi Al Fadhil Tuan Guru Hj Mohd Baqi Othman diKediamanya diKg. Lanting, Chenor..."Menghurai kekalutan, mendengar nasihat dan taujihad dari Ulama adalah kunci yang membuka pintu ketenangan".. T.kasih Tok Guru









DEMOSTRASI DI KEDUTAAN SYRIA

Pada 14/6/13 YB Ustaz Rosli Jabar telah bersama masyarakat turun membuat bantahan di hadapan kedutaan Syria, hal ini berikutan pihak pelampau siah telah membunuh masyarakat Islam sunni di Syria, tindakan ini telah menaikan kemarahan ramai orang diserata dunia dan mengutuk tindakan puak pelampau ini. jesteru itu YB Ustaz Rosli Jabar tidak terlepas turun pada memberi sokongan dalam pada masa yang sama jadual Kuliah beliau ada pada hari itu.

YB Ustaz Rosli Jabar bergambar bersma Ustaz Fadli selaki ketua
pemuda PAS Pekan




Dr. Yusuf Qardawi telah mengistiharkan siah adalah sesat, kerana banyak pekara penyelewegan akidah yang telah mereka lakukan, jesteru itu orang Islam serata dunia turun menyatakan hasrat menetang kezaliman yang telah mereka lakukan dan pehinaan mereka kepada Ahli sunnah wal Jamaah(sunni)