Thursday, 19 December 2013




MISI BANTUAN BANJIR 


Pada dua minggu yang lepas kejadian banjir banyak memberi impak kepada daerah Kuantan dan Dun Tanjung Lumpur merupakan sebahagian besar yang menerima banjir besar, keadaan ini menjadikan seluruh bandar Kuantan lumpuh apabila dilanda banjir. Kejadiaan yang berlaku memberi impak kepada penduduk terutama kepada penduduk Dun Tanjung Lumpur yang mejoritinya banyak terdiri dari penduduk miskin. Antara tempat Dun Tanjung Lumpur yang mengalami banjir antaranya, keseluruhan Sungai Isap, keseluruhan Tanah Putih Baru, Medan Warisan dan lain-lain.



Banjir di Kawasan Sungai Isap
Tindakan daripada itu Pejabat Adun Tanjung Lumpur bersama Jabatan Amal Malaysia dan Pas Kawasan Kuantan datang menghulurkan bantuan kepada penduduk Kuantan yang  mengalami banjir. Pelbagai barang bantuan yang disalurkan dari seluruh negara antaranya pakaian terpakai, barang dapur dan khidmat mencuci rumah selepas banjir. Sumbangan diagihkan kepada tempat-tempat yang dilanda banjir.









Monday, 2 December 2013





 MELAWAT DAN MEMBERI BANTUAN MANGSA BANJIR 


Semalam bersamaan 2/12/13 hari Isnin kawasan disekitar DUN Tanjung Lumpur telah dilanda banjir, sehubungan dengan itu gerak kerja pantas dari YB Ustaz Rosli Jabar dibantu petugas Amal Kuantan turun padang menghulur bantuan pada malam tadi. 




YB Ustaz Rosli Jabar yang turun padang bersama anggota amal di Sg. Isap Fasa 3 


Antara kawasan yang dilanda banjir malam tadi ialah Sg. Isap Damai, Sg. Isap Kampung dan Tanah Putih baru didalam kawasan DUN Tanjung Lumpur. Jumlah mangsa yang dipindahkan belum diketahui, hujan juga dilaporkan masih belum berhenti dan kemungkinan berlarutan sehingga esok.



  
 

melawat kawasan banjir Sg Isap, Tanah Putih Baru

Antara anggota Amal Kuantan yang terlibat pada malam tadi






Saturday, 15 June 2013





KUANTER PEJABAT ADUAN BERGERAK ADUN TANJUNG LUMPUR


Semalam pada hari sabtu bersamaan 15/6/13, kuanter pejabat aduan bergerak telah dibuka di tapak pasar malam Sg.Isap. Kuanter ini dibuka untuk menerima aduan-aduan dari masyarakat setempat, selain itu mempromosikan pejabat khidmat masyarakat yang baru dibuka dengan mengunakan kaedah edaran flayers kepada pengunjung yang hadir di tapak pasar malam tersebut. Melalui kaedah ini hubungan erat dapat terjalin dengan masyarakat yang ada di dibawah Adun Tanjung Lumpur.





Seramai 8 orang anggota yang turun padang dalam menjayakan pejabat aduan bergerak di tapak pasar malam, hasil daripada maklum balas orang ramai terhadap usaha ini memberi respon yang baik.

"Ha! macam ini la kita mau, kita pangkah lepas tu turun padang"

Semoga kerja-kerja ini terus menerus dilaksanakan hingga ke PRU yang akan datang, kerana usaha ini memberi persepsi yang baik dan membuka kepercayaan masyarakat kepada pentadbiran yang berada dibawah Adun Tanjung Lumpur.














MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG 

Alhamdulillah selesai merasmikan mesyuarat Agung PAS Caw. Kg Bukit Lada, Maran dan sesudah itu sempat menziarahi Al Fadhil Tuan Guru Hj Mohd Baqi Othman diKediamanya diKg. Lanting, Chenor..."Menghurai kekalutan, mendengar nasihat dan taujihad dari Ulama adalah kunci yang membuka pintu ketenangan".. T.kasih Tok Guru









DEMOSTRASI DI KEDUTAAN SYRIA

Pada 14/6/13 YB Ustaz Rosli Jabar telah bersama masyarakat turun membuat bantahan di hadapan kedutaan Syria, hal ini berikutan pihak pelampau siah telah membunuh masyarakat Islam sunni di Syria, tindakan ini telah menaikan kemarahan ramai orang diserata dunia dan mengutuk tindakan puak pelampau ini. jesteru itu YB Ustaz Rosli Jabar tidak terlepas turun pada memberi sokongan dalam pada masa yang sama jadual Kuliah beliau ada pada hari itu.

YB Ustaz Rosli Jabar bergambar bersma Ustaz Fadli selaki ketua
pemuda PAS Pekan




Dr. Yusuf Qardawi telah mengistiharkan siah adalah sesat, kerana banyak pekara penyelewegan akidah yang telah mereka lakukan, jesteru itu orang Islam serata dunia turun menyatakan hasrat menetang kezaliman yang telah mereka lakukan dan pehinaan mereka kepada Ahli sunnah wal Jamaah(sunni)



Wednesday, 12 June 2013



PROGRAM RAMAH MESRA DENGAN DATO SERI DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG


Selesai program ramah mesra dgn Dato Seri Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang sambil tu meninjau dewan bersama YB Andansura.


Bergambar dengan YB Andansura di Dewan Undangan Negeri





KULIAH MAGRIB PADA 13/6/13

Sebarkan pada rakan-rakan anda

Tuesday, 11 June 2013





KULIAH MAGRIB DI JERANTUT PAHANG

Yb Ustaz Rosli Jabar bertolak ke Jerantut pada tengahari semalam bersamaan 11/6/13 pada hari selasa untuk pergi mencurahkan ilmu kepada masyarakat tanpa mengira lapisan umur. 







Monday, 10 June 2013




ZIARAH WARGA UZUR, PENGHUNI PPRT DAN MISKIN


Di kesempatan pagi semalam YB Ustaz Rosli Jabar menziarahi warga yang uzur, penghuni PPRT dan miskin di cawangan Peramu.Melihat dan memahami masalah orang ramai sudah menjadi tanggunjawab kepada YB Ustaz Rosli, ini mencermin keperhatinan beliau kepada masyarakat.

"Dunia adalah jambatan keAkhirat, pastikan langkah tidak tergelincir dari landasan Iman dan Islam."














Sunday, 9 June 2013



PROGRAM SUMBANGAN ASNAF FAKIR MISKIN


Program yang telah berlangsung pada Ahad bersamaan 9 jun 2013 di Kempadang, sebanyak 55 keluarga miskin yang diberi sumbangan pada hari berkenaan. Program dimulakan dengan penyampaian sedikit tazkirah dari YB Ustaz Rosli Jabar kepada masyarakat sebagai medium kesedaran kepada masyarakat, meskipun program berbentuk sumbangan namun mesej Islam perlu diperjelaskan kepada masyarakat kerana bukan jasad sahaja yang perlu menerima bantuan untuk bergerak tetapi rohani perlulah seiring dengannya sekali.



Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Al-Ra‘ad: 28)


YB Ustaz Rosli Jabar sedang menyampaikan tazkirah

YB Ustaz Rosli Jabar menyampaikan sumbangan kepada peserta yang hadir
Bagi mana-mana pihak yang mahu memberi sumbangan kepada fakir miskin dan golongan asnaf zakat boleh hulurkan sumbangan kepada akaun Pejabat Adun Tanjung Lumpur.
#keterangan lanjut tentang akaun boleh rujuk ke Maklumat Adun





Thursday, 6 June 2013




KULIAH DAN KUTBAH JUMAAT


Yb Ustaz Rosli Jabar keluar selama dua hari ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan kuliah dan kutbah jumat bermula pada khamis hingga jumaat, meskipun sibuk dengan beban sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri namun masih mencelah memberi ilmu kepada masyarakat tampa mengira tempat. 

Nabi (saw) bersabda: "Dunia ditegakkan dengan 4 perkara: orang berilmu yang mengamalkan ilmunya, orang bodoh yang tekun belajar, orang kaya yang tidak bakhil dengan kebaikan dan orang fakir yang tidak menjual akhiratnya."


"Sebagai wakil rakyat kerja-kerja menyebarkan ilmu dan kesedaran kepada masyarakat amat penting kerana dengan ilmu barulah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari akademik dan sahsiah serata membentuk generasi yang mampu berdikari."


Yb Ustaz Rosli Jabar sedang memberi kuliah kepada jemaah masjid  Nurul Ehsan.



Masjid Nurul Ehsan 
YB Ustaz Rosli Jabar sedan menyampaikan kutbah jumaat

YB Ustaz Rosli Jabar sedang menyampaikan Kuliah











BARISAN AHLI PARLIMEN DAN AHLI UNDANGAN NEGERI DI NEGERI PAHANG



Ahli Parlimen Dan ADUN Pahang

Wednesday, 5 June 2013






TURUN PADANG BERI SOKONGAN KEPADA AUNTIE MEI



Memberikan sokongan keypads auntie Mei yang Mogok lapar, membantah operasi kilang LYNAS digebeng, demo tanpa suara di Taman Kerang Kuantan pada 25 Mei 2013.


YB Ustaz Rosli Jabar sedang ditemuramah wartawan
bergambar bersama perserta demo aman menetang Lynas


YB Ustaz Rosli bersama auntie Mei

Tuesday, 4 June 2013




JAMUAN KESYUKURAN PRU 13 DUN TANJUNG LUMPUR


Alhamdulillah ucapan tanda syukur kepada Allah s.w.t kerana Jamuan Kesyukuran ini usai dilaksanakan, sambuntan meriah dari pelbagai kaum yang hadir dalam jamuan ini. Sebanyak empat ekor lembu dikorbankan sempena jamuan ini walaupun bertembung dengan banyak majlis walimatul urus pada hari yang sama namun tetap mendapat sambutan yang baik dari penduduk Kuantan.


Flyers yang diedarkan kepada penduduk Kuantan


Jamuan ini juga dimeriahkan dengan persembahan nasyid dari pelajar Madhad Tahfiz Darul Fikri, persembahan ini sebanyak tiga kali dan setiap persembahan dua buah lagu dipersembahkan.


Pelajar Madhad Tahfiz Darul Fikri sedang membuat persembahan nasyid
Suasana ketika jamuan kesyukuran PRU 13 



Sumbangan boleh terus ke no. akaun Dana Kebajikan Rakyat Dun Tanjung Lumpur

-556226402359 (My Bank)-

#UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT ANDA BOLEH MENGHUBUNGI ATAU SMS
KE No. 019-9413516 (Muhammad)
No. Perjabat ADUN   09-5341534