Memori 3 JUN
Hijau Merah Kehidupan:
Memori ini tidak pernah diserang virus, sentiasa jelas diingatan, hari yang paling mendebarkan bagi setiap insan yang pernah mendirikan rumah tangga, 3 Jun adalah hari saya diijabkabulkan sebagai seorang suami.
Keputusan berkahwin yang agak mengejutkan keluarga kerana secara tiba-buat buat keputusan untuk berkahwin ketika berusia 27 tahun, sedangkan pada masa tu masih lagi berada dipondok, belajar dan sambil mengajar juga. Teringat kata-kata mak saya "aku ingat awak lama tak balik rumah, sibuk belajar, rupanya awak sibuk cari bini ye"..itulah ucapan mak saya ketika saya menaliponnya untuk menyatakan hasrat nak kawin, saya ketawa je..memang agak lama tak balik, hampir 4 tahun, asyik sangat duduk di taman ilmu, lebih lucu lagi mak saya kata "kenapalah gi aniaya anak orang nak sekolah lagi, biarlah budak tu sekolah dulu" ..katanya, bila saya bagitau bakal isteri saya baru berusia 17 tahun.
Bertunang pada hari raya Idul Fitri berkahwin di hari raya Idul Adha, tiada hantaran yang dikenakan oleh pihak mertua, terpulanglah kepada saya nak bagi sekadar mampu untuk membantu kenduri majlis, saya pun belajar lagi, mereka tahu saya "bukan beruang" saya adalah Al fakir wal Haqir .Saya hanya bagi RM 1000 dari simpanan saya dan tiada sebarang hantaran barangan dulang, sehinggakan keluarga saya sendiri merasa serba salah kerana datang keRumah pengantin dengan tangan kosong, saya tidak benarkan mereka membawa sebarang hadiah, kerana ingin juga memecahkan tradisi yang kadangkala menjadi kekalutan bila nak berkahwin. Saya hanya berjubah dan berserban dihari perkahwinan.
Saya sangat yakin keberkatan dan kebahagian bukan terletak kepada bagaimana majlis itu disambut, kadangkala kebanggaan dan keangkuhan kepada majlis mengatasi daripada memburu keberkatan, sehingga berhutang dan berbalah pula kemudiannya kerana masaalah hutang disebabkan kerana keangkuhan sendiri. Kes begini juga adalah diantara beberapa kes yang menjadi ungkitan perbalahan pasangan suami isteri yang datang untuk menyelesaikan masaalah rumah tangga di rumah saya, ada yang anak dah 3 ,tapi hantaran masih berhutang..pergh..kecoh juga dan memalukan. Alhamdulillah majlis yang sederhana dan sangat ringkas berjalan dengan lancar dan sempurnanya, dua kali akad maka saya sah menjadi seorang suami.
Agak melucukan sebelum dari majlis akad nikah, keluarga saya bertolak dari Kuantan terus keRumah pengantin perempuan diKuala Berang, saya bersama guru-guru dan rakan saya dari Kuala Terengganu. Dalam perjalanan kami singgah diMasjid Bukit Payung untuk solat zohor, usai solat zohor, saya agak lambat keluar dari Masjid, bila keluar selipar saya hilang, tak tahu entah kemana, mungkin dicuri, mungkin tertukar, habis pusing masjid cari selipar yang baru beli semalam, "selipar nikah". Bila dah tak jumpa saya ambil keputusan pinjam dulu selipar yang ada ditangga masjid, tak de pilihan kecuali hanya selipar Jepun yang berlainan warna, merah sebelah hijau sebelah, pakai je lah, lebih baik dari tak pakai selipar lansung.
Riuh rendah kawan2 ketawakan saya, macam2 kelucuan dengan gurau senda kawan2 di sepanjang perjalanan, ada sorang kawan kata "esok kalau mu dapat anak,mesti muka dia sebelah hijau sebelah merah... Hahaha..ada pula yang bergurau "lepas mu kawin, mu simpan selipar ni, pastu mu bagi pulak kat anak mu, biar dia pulak pakai"..macam2 lah senda gurau kami sepanjang perjalanan, bila nak sampai rumah pengantin, sahabat suruh saya tukar selipar, "mu pakai selipar aku ni" .. ada kawan sorang lagi pulak "aku cabar mu pakai selipar lain sebelah, kalau betul2 gentleman".. Ok, kata saya.."aku nak pakai selipar lain sebelah", saya menolak pelawaan untuk pinjam selipar, saya nak pakai selipar lain sebelah " aku nak pecah rekod Malaysia, pengantin pertama pakai selipar lain sebelah" .. Kawan2 ketawa.."ikut pandai mu lah"..kata kawan2.
Kedatangan saya disambut meriah, saya berjalan dengan laju, saya rasa orang tak perasan pun tentang selipar saya, saya dimaklumkan akad nikah dirumah, tetapi dihadapan rumah isteri saya ada sebuah surau buruk yang tak berdinding, saya minta izin dengan keluarga mentua agar saya dinikahkan diSurau tersebut, mereka setuju cuma kata mereka surau tu buruk sangat, saya kata takpe "walaupun buruk, didalamnya penuh dengan keberkatan, didalamnya orang solat, berzikir,baca Al Qur'an didalam nya penuh dengan limpahan rahmat" ..akhirnya mereka setuju dan didalam surau buruk itulah saya diijabkabulkan.
Selesai akad nikah, saya pakai semula selipar tu, saya ceritakan kepada kakak saya, dia tampar belakang saya " ciss buat malu je" ..kami sekeluarga ketawa..waktu nak balik kawan hadiahkan selipar baru kepada saya dan selipar lain sebelah dibawa untuk di pulangkan semula keMasjid Bukit Payung. Memori selipar lain sebelah takkan saya lupakan, namun ia adalah warna warni kehidupan saya, perjalanan rumahtangga selama 20 tahun mencatatkan suka duka kehidupan berumah tangga, lepas kawin tinggal dipondok buruk, sampai dapat anak pertama barulah saya pulang keKuantan dan membina Madrasah Darul Fikri, sekarang Ma'had Tahfiz.
11 orang cahayamata adalah anugerah dan hadiah yang paling istimewa dari Allah swt kepada kami, Mudah2an Allah swt masih kurniakan zuriat lagi kepada kami, kebahagiaan bukan terletak kepada harta, tetapi harga, apabila suami tahu nilai harga isteri dan begitu juga sebaliknya, maka pastinya ia akan meletakkan isteri atau suaminya ditempat dan dilayan sebagai sesuatu yang paling bernilai. Pada 3 Jun jam 2.45 petang saya selamat diijabkabulkan, saya hanya mengharapkan keRahmatan dan keberkatan dari Allah swt mengiringi perjalanan rumahtangga kami, saya dedikasikan dari sekelumit kerja-kerja Islam ini buat isteri (habibati) yang tidak pernah pun mengeluh dan resah ketika turut terheret dalam usaha dakwah saya tak tahu dimana hujung berhentinya.
Catatan memori 3 Jun dari Pejabat ADUN Tg Lumpur.
Barakallahu lakuma wa baroka alaikuma, wajama'a baina kuma bi khair..
ReplyDeletemohon jaga anak buah. kalau dtg rumah org time suami xada, bapa xada sila tunggu di luar. jgn main masuk ja walaupun si isteri bagi kebenaran masuk. kami org awam mungkin jahil, tapi ustaz sampai mengajar kat pondok xmunasabah xtau bnda ni? lagi satu, jgn main ambil ja gambar bini org. pastu msuk fb. hang suka kalau aku amik gmbaq bini hang msuk fb aku? pikioaq la ostat oiiii
ReplyDelete