Thursday, 19 December 2013




MISI BANTUAN BANJIR 


Pada dua minggu yang lepas kejadian banjir banyak memberi impak kepada daerah Kuantan dan Dun Tanjung Lumpur merupakan sebahagian besar yang menerima banjir besar, keadaan ini menjadikan seluruh bandar Kuantan lumpuh apabila dilanda banjir. Kejadiaan yang berlaku memberi impak kepada penduduk terutama kepada penduduk Dun Tanjung Lumpur yang mejoritinya banyak terdiri dari penduduk miskin. Antara tempat Dun Tanjung Lumpur yang mengalami banjir antaranya, keseluruhan Sungai Isap, keseluruhan Tanah Putih Baru, Medan Warisan dan lain-lain.



Banjir di Kawasan Sungai Isap
Tindakan daripada itu Pejabat Adun Tanjung Lumpur bersama Jabatan Amal Malaysia dan Pas Kawasan Kuantan datang menghulurkan bantuan kepada penduduk Kuantan yang  mengalami banjir. Pelbagai barang bantuan yang disalurkan dari seluruh negara antaranya pakaian terpakai, barang dapur dan khidmat mencuci rumah selepas banjir. Sumbangan diagihkan kepada tempat-tempat yang dilanda banjir.









No comments:

Post a Comment