KUANTER PEJABAT ADUAN BERGERAK ADUN TANJUNG LUMPUR
Semalam pada hari sabtu bersamaan 15/6/13, kuanter pejabat aduan bergerak telah dibuka di tapak pasar malam Sg.Isap. Kuanter ini dibuka untuk menerima aduan-aduan dari masyarakat setempat, selain itu mempromosikan pejabat khidmat masyarakat yang baru dibuka dengan mengunakan kaedah edaran flayers kepada pengunjung yang hadir di tapak pasar malam tersebut. Melalui kaedah ini hubungan erat dapat terjalin dengan masyarakat yang ada di dibawah Adun Tanjung Lumpur.
Seramai 8 orang anggota yang turun padang dalam menjayakan pejabat aduan bergerak di tapak pasar malam, hasil daripada maklum balas orang ramai terhadap usaha ini memberi respon yang baik.
"Ha! macam ini la kita mau, kita pangkah lepas tu turun padang"
Semoga kerja-kerja ini terus menerus dilaksanakan hingga ke PRU yang akan datang, kerana usaha ini memberi persepsi yang baik dan membuka kepercayaan masyarakat kepada pentadbiran yang berada dibawah Adun Tanjung Lumpur.









No comments:
Post a Comment